Peraturan di tadika Talent Star
Terdapat
beberapa peraturan yang telah ditetapkan di tadika bagi melicinkan semua urusan
pentadbiran. Peraturan di tadika haruslah sentiasa dipatuhi dan diikuti oleh
kanak-kanak, ibu bapa, penjaga dan orang luar. Di antara peraturan tersebut
ialah:
·
Waktu operasi
1.
Tadika hanya mula beroperasi dari jam
7.30 pagi sehingga 12.30 hari.
2.
Tadika akan beroperasi pada hari Isnin,
Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan akan tutp pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
· Peraturan penghantaran dan pengambilan
1.
Waktu penghantaran dibuka mulai jam 7.30
pagi.
2.
Waktu pengambilan pula dibuka pada jam
12.30 tengahari.
3.
Hanya ibu bapa dan penjaga yang
mempunyai pengesahan sahaja yang dibenarkan untuk mengambil anak-anak mereka.
4.
Ibu bapa dan penjaga perlu mengambil
anak-anak pada waktu yang ditetapkan.
5.
Jika ibu bapa dan penjaga ingin
mengambil anak-anak pada awal waktu, perlu dimaklumkan kepada pihak tadika
sehari awal.
6.
Sekiranya ibu bapa lewat mengambil anak
selepas waktu yang ditetapkan, ia akan dikira bayaran lebih jam. Bayaran hendaklah
dibayar terus kepada guru yang bertugas pada waktu itu.
·
Keluar masuk tadika
1.
Ibu bapa dan penjaga hendaklah merekod
waktu keluar masuk tadika di dalam buku “Buku Daftar Keluar Masuk Pelawat” di
Kaunter Pejabat.
2.
Hendaklah meninggalkan tadika sebaik sahaja
kanak-kanak bersarapan.
3. Ibu bapa dan penjaga tidak dibenarkan
membawa anak keluar tanpa kebenaran pihak tadika.
4.
Ibu bapa dan penjaga tidak dibenarkan
untuk berkeliaran di kawasan tadika bersama rakan semasa melawat anak-anak di
tadika tanpa mendapat kebenaran dari pihak tadika.
5. Semua pelawat hendaklah mendapatkan
kebenaran dari pihak Pembantu Tadbir atau Pengurus Tadika.
·
Peraturan kesihatan
1. Ibu bapa dan penjaga hendaklah
memastikan kesihatan anak-anak pada hari sebelum menghantar anak-anak ke tadika
dan memaklumkan keadaan kesihatan anak-anak kepada pihak tadika sekiranya pada
hari berkenaan anak-anak tidak sihat.
2. Setiap kanak-kanak akan diperiksa tubuh
badan mereka sebelum memasuki kawasan
tadika sewaktu penghantaran di hadapan ibu bapa dan penjaga masing-masing.
3. Elakkan menghantar anak-anak ke tadika
setelah dikenalpasti bahawa anak-anak tersebut menghidap penyakit berjangkit
seperti berikut:
a.
Mums (Beguk)
b.
Chicken Pox (Cacar Air)
c.
Measles (Campak)
d.
Conjunctivities (Sakit Mata)
e.
Rotavirus
f.
Tangan, kaki dan mulut (HML)
g.
Kutu
h.
Penyakit –penyakit lain yang ditakrifkan
sebagai penyakit berjangkit.
4. Ibu bapa dan penjaga perlu mendapatkan
pengesahan doktor bahawa anak-anak benar-benar sihat dan boleh dibawa ke tadika
sekiranya status anak-anak masih diragui. Pihak tadika berhak untuk tidak
menerima masuk kanak-kanak tersebut pada waktu berkenaan.
5. Ibu bapa dan penjaga dipohon untuk
memberi kerjasama apabila dimaklumkan tentang kesihatan anak-anak dengan segera
untuk tindakan oleh pihak tuan/puan bagi mengelakkan sebarang jangkitan
penyakit berlaku kepada kanak-kanak lain.
·
Notis menamatkan perkhidmatan di tadika
1. Sila maklumkan kepada pengurus tadika,
pengetua atau pembantu tadbir sekiranya satu bulan lebih awal jika ibu bapa
atau penjaga mahu menamatkan perkhidmatan tadika kami.
·
Kehadiran
1.
Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak
hadir ke tadika.
2.
Kanak-kanak hendaklah sentiasa memakai
pakaian seragam tadika semasa hadir ke tadika.
3.
Pada hari Rabu dan Jumaat, kanak-kanak
dikehendaki untuk memakai pakaian sukan bagi aktiviti luar kelas.
·
Barang persendirian
1.
Sila tanda sebarang hal milik pelajar
seperti alat tulis, pakaian dan seumpamanya.
2.
Kanak-kanak dilarang untuk membawa
barangan berharga seperti barang kemas, kamera, telefon bimbit dan sebagainya.
3.
Pihak tadika tidak boleh
dipertanggungjawabkan sepenuhnya jika berlaku kehilangan atau kerosakan
terhadap barang yang dibawa.
·
Bayaran dan yuran
1. Yuran bulanan mesti dijelaskan pada
minggu pertama setiap bulan termasuk bulan November.
2.
Bayaran buku, lencana, alat tulis dan sebagainya
mestilah dijelaskan pada guru kelas masing-masing.
3.
Pembayaran yuran hendaklah dibuat kepada
pembantu murid satu dan pmbantu murid dua.
4. Pastikan setiap pembayaran mendapat
resit rasmi daripada pihak Tadika Talent Star dan yuran yang telah dijelaskan
tidak boleh dikembalikan.
·
Lain-lain
1.
Semua aktiviti perniagaan adalah tidak
dibenarkan sewaktu tadika berfungsi.
2.
Merokok dan meludah adalah dilarang di
dalam kawasan tadika.
3.
Ibu bapa dan penjaga dinasihatkan untuk
meninggalkan pesanan penting . Contoh, jenis dan dos pengambilan ubat secara bertulis kepada guru kelas anak
masing-masing. Telefon bimbit harus dimatikan atau disenyapkan sewaktu berada
di kawasan tadika.
4. Makanan yang dibawa dari luar adalah
dibenarkan. Walau bagaimanapun, ibu bapa dan penjaga bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas penyediaannya. Pihak tadika tidak bertanggungjawab atas
sebarang ketidakselesaan atau kesakitan yang disebabkan oleh makanan yang
dibawa dariluar tadika.
5. Ibu bapa dan penjaga mungkin diperlukan
untuk membuat sumbangan untuk membantu pihak tadika menjalankan aktiviti atau
majlis yang dilaksanakan. Contoh, sambutan hari jadi kanak-kanak atau aktiviti
luar yang memerlukan perbelanjaan tambahan.
6. Adalah menjadi tanggungjawab buat ibu
bapa dan penjaga untuk memaklumkan kepada pihak tadika sekiranya terdapat
perubahan maklumat peribadi. Contoh, perubahan alamat dan nombor telefon.
7.
Pihak tadika berhak untuk membuat
sebarang pindaan terhadap peraturan tadika.
8.
Ibu bapa dan penjaga hendaklah sentiasa
menjaga nama baik tadika.
9. Para ibu bapa digalakkan sentiasa
menghubungi pihak tadika untuk mengetahui perkembangan anak-anak mereka.
10.
Ibu apa dan penjaga hendaklah sentiasa
sedia berbincang dan bertolak ansur dengan guru sekiranya timbul permasalahan
yang berkaitan dengan pelajar atau pihak tadika.
11.
Pihak tadika bersedia menerima teguran
yang membina terhadap sebarang kesilapan dan kekurangan.
12.
Ibu bapa dan penjaga digalakkan untuk
tidak membunyikan hon kenderaan terlalu kuat ketika menghantar atau mengambil
anak dan tidak menghalang pintu pagar jiran-jiran yang berdekatan kerana
perkara ini amat penting bagi menjaga kelangsungan operasi tadika di tapak
sekarang agar tiada pihak-pihak yang tertentu mengambil kesempatan untuk
membuat alasan bagi menyekat atau membuat sebarang bantahan.
13.
Sebarang komen, pendapat, teguran dan
pandangan yang berkaitan tadika boleh
berhubung terus dengan pengurus tadika iaitu En. Mohd Hafiz Bin Hashim atau
pembantu tadbir iaitu Cik Nur Aqilah Binti Rosli di talian 05-776 5445.
No comments:
Post a Comment