Pages

LATAR BELAKANG

Tadika Talenstar ini mula ditubuhkan pada awal Disember 2011. Tadika ini milik perkongsian bersama En. Mohamad Hafiz b. Hashim dan pengetua tadika ini sendiri iaitu Cik Syafiqa bt Zainudin. Tadika ini terletak di Taman Ipoh Selatan, Ipoh Perak. Kedudukan yang strategik iaitu di tengah-tengah bandaraya Ipoh dan dikelilingi oleh belasan taman perumahan yang lain menjadi penyebab tadika ini ditubuhkan di sini.

Tadika ini beroperasi bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Terdapat tiga buah kelas dalam tadika ini iaitu untuk kanak-kanak 4 tahun, 5 tahun, dan 6 tahun. Tadika ini mempunyai tiga orang tenaga pengajar, dua orang pembantu guru, seorang tukang masak dan seorang kerani. Kesemua tenaga pelajar yang dilantik berkelulusan sekurang-kurangnya Diploma dalam pendidikan awal kanak-kanak bagi memastikan pencapaian yang cemerlang dari kanak-kanak.

Wednesday, 30 January 2013

LOKASI TADIKA TALENT STAR...


Lokasi Tadika

Tadika Talent star ini terletak di Taman Ipoh Selatan, Ipoh Perak. Kedudukan yang strategik iaitu di tengah-tengah bandaraya Ipoh dan dikelilingi oleh taman perumahan yang lain. Hal ini menjadi penyebab Tadika Talent star ini ditubuhkan di sini. Tadika ini ditubuh di tempat yang selamat daripada risiko kemalangan dan kecederaan serta dijamin selamat untuk kanak-kanak bebas bergerak. Perkara ini amat dititikberatkan bersesuaian dengan ciri-ciri kanak-kanak yang sangat aktif.

            Selain itu, apa yang menyebabkan kami memilih kawasan ini sebagai lokasi Tadika Talent star adalah kedudukannya yang berjauhan dari pusat hiburan. Udaranya juga bersih dan nyaman memandangkan kawasan ini terletak di kawasan perumahan. Malah kanak-kanak tidak akan terganggu dengan pencemaran bunyi seterusnya dapat menumpukan perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran.

            Namun, terdapat perkara yang lebih penting sekali iaitu tadika ini telah mendapat kebenaran bertulis dari jiran bersebelahan, hadapan dan belakang iaitu kiri dan kanan tadika. Oleh itu, tidak akan ada sebarang isu mengenai ketidaksenangan penduduk terhadap penubuhan Tadika Talent star ini. Malah, penduduk taman ini amat menyokong keputusan kami untuk menubuhkan tadika ini kerana ia dapat memudahkan urusan penghantaran anak-anak memandangkan hampir setengah penduduk taman merupakan pasangan yang bekerja. 

No comments:

Post a Comment

Rainbow Arch Over Clouds