Kemudahan-kemudahan di Tadika Talent Star
Tadika Talent Star menyediakan kemudahan atau fasiliti yang mesra dan setaraf dengan tadika-tadika di luar negara. Contohya, peralatan kerusi dan meja di tadika bersesuaian
dengan kanak-kanak. Tadika Talent Star mempunyai kemudahan sistem online untuk pendaftaran. Ibu bapa boleh terus mendaftar di rumah tanpa perlu bersusah payah datang ke tadika. Setelah pendaftaran disahkan dan pembayaran dilakukan , ibubapa akan diberi password untuk login ke dalam sistem untuk melihat resit pembayaran tersebut. Sistem kami adalah selamat kerana telah mengalami tempoh percubaan selama lebih kurang tiga tahun. Bukan itu sahaja , ibu bapa boleh mengetahui rekod kedatangan anak-anak, pencapaian anak-anak , malah boleh menghantar komen kepada pihak tadika. Segala ini kami lakukan supaya kami dapat mengekalkan perkhidmatan yang terbaik untuk anak-anak tuan puan. Segala kemudahan yang ada di Tadika Talent Star adalah selesa bagi kanak-kanak dan mampu merangsang minda kanak-kanak dan melatih kemahiran-kemahiran berkomunikasi, bekerjasama dan berfikiran kreatif. Hal ini kerana, Tadika Talent Star menekankan konsep 3C iaitu ‘Cooperation, Communication dan Creative Thinking’.
Tadika ini juga mementingkan keselamatan kanak-kanak di dalam tadika ini kerana setiap ibu bapa atau penjaga akan diberikan kata laluan dan cip keselamatan untuk memasuki tadika tersebut. Terdapat beberapa langkah yang perlu di patuhi oleh ibu bapa sebelum memasuki tadika ini. Antaranya ialah, meletakkan cip keselamatan di alat pengesan cip dan memasukkan kata laluan masing-masing. Selain itu, Tadika Talent Star juga turut dilengkapi sistem kamera litar tertutup(CCTV) yang mampu menghasilkan imej rakaman terperinci dan di pantau melalui sebuah monitor televisyen yang terletak di dalam bilik guru bagi memantau keselamatan kanak-kanak di tadika bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Oleh itu, pilihan di tangan anda, buatlah pilihan yang bijak untuk masa depan anak-anak anda.
Berikut merupakan kemudahan yang disediakan :
Kawasan dalam tadika
- Kelas 4 Tahun, 5 Tahun dan 6 tahun.
- Tandas kanak-kanak lelaki dan perempuan.
- Surau
- Bilik bakat atau bilik cermin (Kegunaan sewaktu konvokesyen, pertandingan, gimnastik, main peranan dan terdapat pentas.)
- Children’s Museum of Art (Bilik pameran hasil kerja kanak-kanak sepanjang tahun ).
- Dapur
- Ruang makan
- Sudut (Bacaan, bahasa, muzik, agama, ICT, matematik, sains dan lain-lain lagi ).
- Bilik rawatan.
- Pejabat atau bilik guru
- Bilik
- Dinding conteng
- Ruang tamu
- Bilik Interaktif (Bilik tontonan)
Kawasan luar tadika :
- Taman permainan
- Mini Zoo
- Sand Play
- Pentas
- Kebun Mini
- Kolam Ikan
- Pondok Belajar
Persekitaran
Dalam Tadika
Persekitaran dalam tadika
mencerminkan falsafah dan tujuan para pendidik. Tadika Talent Star menyediakan suasana yang kondusif bagi membolehkan
kanak-kanak berasa selesa untuk belajar sambil bermain. Selain itu, beberapa
kemudahan asas telah disediakan. Antaranya kemudahan asas yang kami sediakan di
dalam Tadika Talent Star ialah:
Bilik
Darjah
Mempunyai tiga bilik darjah
memandangkan had kanak-kanak yang dihantar ke Tadika Talent star adalah kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Oleh
itu, kanak-kanak akan ditempatkan di dalam kelas mengikut umur. Persekitaran
bilik darjah juga kelihatan ceria dan selamat untuk kanak-kanak. Susunan
peralatan dan perabot juga amat kemas dan tidak mengganggu laluan trafik
kanak-kanak. Malah, kami telah memilih perabot yang sesuai dengan fizikal
kanak-kanak dan tidak membahayakan kanak-kanak. Hal ini dibuktikan dengan
pemilihan meja yang bulat dan tidak terlalu berbucu serta bahan diperbuat
daripada plastik.
Tabika
Talent star ini juga menggunakan
papan putih di mana ia amat sesuai dan selamat untuk pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak. Malah tadika ini mempunyai tempat untuk membuat circle time yang luas dan selesa serta
peratus untuk kanak-kanak terlibat adalah tinggi. Pengudaraan di dalam tadika
juga berada dalam keadaan baik di mana penggunaan tingkap yang sangat sesuai
untuk udara segar dan cahaya masuk ke dalam tadika. Lebih-lebih lagi jika guru
membuka lampu dan kipas, menjadikan ruang kelas cerah dan menimbulkan rasa
semangat kepada kanak-kanak untuk mengikuti aktiviti atau pembelajaran yang
dijalankan.
Penggunaan
jubin di lantai amat sesuai untuk kanak-kanak bergerak bebas tanpa rasa takut
kerana permukaan yang tidak terlalu licin. Setiap hari jubin akan dibersihkan
agar sentiasa dalam keadaan bersih. Kotak pertolongan cemas juga disediakan dan
peralatan di dalam kotak tersebut lengkap serta sentiasa diperiksa tarikh
luputnya.
Bilik
Rawatan
Bilik rawatan Tadika Talent Star berada di tingkat atas.
Bilik ini akan digunakan sekiranya terdapat kanak-kanak yang kurang sihat
seperti demam dan sebagainya. Namun sekiranya kanak-kanak menghidap penyakit
yang berjangkit seperti demam campak, sakit mata dan lain-lain, pihak pentadbir
akan menghubungi ibu bapa atau penjaga untuk mengambil kanak-kanak pulang dan
bawa ke hospital. Hal ini bagi mengelakkan kanak-kanak lain dijangkiti penyakit
tersebut dan akan menimbulkan ketidakpuasan hati oleh ibu bapa kanak-kanak
lain.
Bilik
Bakat dan Pentas
Melalui nama tadika, kita semua
sudah tahu bahawa Tadika Talent Star ini
amat menitikberatkan bakat pada setiap kanak-kanak. Tadika kami bermatlamat
untuk mencungkil bakat dalam diri kanak-kanak tidak kira bakat melukis,
mewarna, berlakon, menyanyi, menari malah bersukan juga diambil kira. Kesemua
bakat ini akan dicungkil di dalam bilik bakat yang terletak di bahagian tingkat
atas. Malah, terdapat cermin pada sekitar bilik supaya kanak-kanak akan nampak pergerakan yang mereka lakukan.
Pelbagai aktiviti juga akan dijalankan seperti menyanyi, main peranan dan
sebagainya. Hal ini akan menarik minat kanak-kanak untuk terlibat sepenuhnya
dalam aktiviti yang dianjurkan.
Pada sebelah
petang pula, tadika ini akan membuka kelas gymrama dimana terdapat guru yang
akan mengajar kanak-kanak untuk bergymrama. Oleh itu, kanak-kanak akan
mempunyai sedikit pengetahuan dan kelebihan untuk bergymrama. Pentas pula akan
digunakan semasa majlis penyerahan sijil tamat belajar di Tadika Talent Star.
Taman
Permainan
Tadika Talent Star mempunyai konsep yang berlainan dan agak unik dimana
taman permainan kanak-kanak berada di tingkat atas. Oleh itu, suasana yang
berbeza akan menarik minat kanak-kanak untuk bermain. Hal ini kerana pada
kebiasaannya, taman permainan berada di halaman. Kanak-kanak terpaksa berpanas
untuk bermain. Keadaan ini akan menyebabkan kanak-kanak kurang selesa semasa
menjalankan aktiviti tersebut.
Sudut-sudut
Kami telah memilih Model Pendidikan
Montessori sebagai panduan utama dalam tagika kami “Tadika Talent Star”. Ini kerana model ini amat bersesuaian dan berguna
dalam membantu perkembangan kognitif, fizikal, sosial dan emosi kanak-kanak.
Selain
itu, kaedah Montessori dan bahan pengajarannya menekankan “Sensory Teaching And Learning”. Kaedah mengajar di sekolah Montessori
mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Ini bertujuan
agar kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria yang cekap.
Oleh
itu, tadika kami telah mewujudkan 7 buah sudut yang bersesuaian dalam
memastikan muris-murid dapat menjalankan sesi pembelajaran dengan lebih
menyeronokkan dan berkesan. Sudut yang terdapat dalam tadika kami ialah:
Sudut
Bahasa dan Bacaan
Memberi kanak-kanak peluang melihat
dan cuba membaca buku adalah satu amalan atau hobi yang baik. Meliputi beberapa
jenis bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Namun boleh
dikembangkan lagi kepada dialek tempatan atau suku yang berada di Malaysia
seperti bahasa Iban, Punjabi dan pelbagai lagi.
Antara maklumat yang diketengahkan adalah gambar-gambar dan carta-carta
berkaitan budaya, pakaian, perayaan yang ada di Malaysia dan pelbagai lagi.
Guru akan memperkenalkan pakaian, tarian, makanan, perayaan dan lagu-lagu
rakyat dengan mewujudkan minggu bertema dan pertandingan kebudayaan. Selain itu,
sudut bahasa ini dilengkapi dengan peralatan audio, video dan terdapat ruang
bacaan.
Sudut
Muzik
Muzik adalah salah satu medium yang
dapat membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Kanak-kanak suka menyanyi
dan sambil menyanyi kanak-kanak suka menari atau mengoyangkan badan. Objektif
yang akan kami ketengahkan adalah memperkenalkan jenis-jenis muzik, alatan
perkusi, jenis-jenis tarian dan drama. Antara peralatan yang diletak di sudut
ini ialah alatan muzik seperti piano, viola, rekoder dan lain-lain serta
peralatan audio, set karaoke dan televisyen. Kemudian, guru akan menyediakan
jadual mengenai pertandingan dan persembahan nyanyian yang akan dilakukan
secara bergilir setiap minggu oleh tiga kelas tersebut.
Sudut
Agama dan Moral
Memperkenalkan dan menerapkan
nilai-nilai murni kehidupan berdasarkan kepada kepercayaan agama masing-masing.
Guru-guru akan menampal poster untuk mendidik kanak-kanak cara-cara berwhuduk,
sembahyang, doa dan nilai-nilai murni.
Sudut
ICT
Sudut ini memperuntukkan beberapa komputer
untuk kegunaan kanak-kanak. Kanak-kanak akan dibiarkan untuk meneroka sendiri
bagaimana cara menggunakan computer. Hal ini bertujuan untuk kanak-kanak celik
IT. Ibu bapa tidak perlu bimbang kerana kanak-kanak tidak akan dapat masuk ke
dalam laman web yang tidak diinggini kerana pihak pentadbir telah menyekat
web-web tersebut.
Sudut
Seni dan Kreativiti
Sudut ini akan memperkenalkan dan
mengembangkan lagi kebolehan kesenian dan kreativiti kanak-kanak melalui
teknik-teknik penggunaan warna dan teksture serta menggalakkan kanak-kanak
menjadikan seni dan kreativiti sebagai subjek yang menghiburkan dan boleh
dijadikan kerjaya di masa akan datang. Hasil kerja kanak-kanak akan ditayangkan
sebagai tanda menghargai lukisan atau kreativiti kanak-kanak.
Dapur
Dapur Tadika Talent Star terletak bersebelahan dengan kelas 4 tahun. Manakala
ruang makan pula berhadapan dengan ruang dapur. Hal ini akan memudahkan proses
mengagihkan makanan kepada kanak-kanak. Sudah tentu singki dan sabun pencuci
tangan disediakan di dapur mengikut ketinggian kanak-kanak, supaya kanak-kanak
mudah untuk membasuh tangan sebelum dan selepas makan. Meja dan kerusi yang
digunakan di ruang makan pula sesuai dengan fizikal kanak-kanak.
Selain
itu, almari penyimpanan makanan nasak atau barang kering juga bersih dan
tersusun. Terdapat juga peti ais untuk menyimpan barang basah dengan suhu yang
memuaskan. Bagi barang masakan basah, tukang masak akan membelinya pada setiap
hari untuk memastikan kesegaran terjamin untuk kesihatan kanak-kanak. Ditambah
pula masakan yang dimasak sendiri oleh tukang masak Tadika Talent Star.
Setiap tadika haruslah menyediakan
kemudahan sanitari kepada kanak-kanak untuk memudahkan pengurusan diri. Tadika Talent Star juga tidak ketinggalan untuk
menyediakan kemudahan sanitari yang terbaik untuk kanak-kanak tersebut. Tadika
ini mempunyai dua bilik air dimana kanak-kanak boleh memilih untuk menggunakan
tandas duduk atau tandas cangkung mengikut keselesaan kanak-kanak. Kedua-dua
lantai tandas juga bersih dan tidak licin. Hal ini kerana tandas-tandas
tersebut akan dibersihkan pada setiap hari oleh pembantu guru. Pihak tadika ini
juga telah memperuntukkan selipar dan sabun basuh tangan pada kedua-dua tandas.
Malah pengaliran air pada paip juga dalam keadaan baik dan memuaskan kerana
pihak kami telah menggunakan bekalan air yang telah dirawat.
Kemudahan
sanitari yang lain ialah pejabat dimana ibu bapa boleh membuat perbincangan
dengan pihak pengurusan sekiranya terdapat sebarang masalah. Pejabat tadika ini
terletak di bahagian tingkat atas. Oleh itu, perbincangan antara ibu bapa dan
pihak pengurusan tidak akan terganggu kerana bilik darjah berada di tingkat
bawah. Satu buah bilik juga telah disediakan sebagai tempat untuk beribadah.
Bilik tersebut dinamakan sebagai surau.
No comments:
Post a Comment