Pages

LATAR BELAKANG

Tadika Talenstar ini mula ditubuhkan pada awal Disember 2011. Tadika ini milik perkongsian bersama En. Mohamad Hafiz b. Hashim dan pengetua tadika ini sendiri iaitu Cik Syafiqa bt Zainudin. Tadika ini terletak di Taman Ipoh Selatan, Ipoh Perak. Kedudukan yang strategik iaitu di tengah-tengah bandaraya Ipoh dan dikelilingi oleh belasan taman perumahan yang lain menjadi penyebab tadika ini ditubuhkan di sini.

Tadika ini beroperasi bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Terdapat tiga buah kelas dalam tadika ini iaitu untuk kanak-kanak 4 tahun, 5 tahun, dan 6 tahun. Tadika ini mempunyai tiga orang tenaga pengajar, dua orang pembantu guru, seorang tukang masak dan seorang kerani. Kesemua tenaga pelajar yang dilantik berkelulusan sekurang-kurangnya Diploma dalam pendidikan awal kanak-kanak bagi memastikan pencapaian yang cemerlang dari kanak-kanak.

Wednesday, 30 January 2013

LOKASI TADIKA TALENT STAR...


Lokasi Tadika

Tadika Talent star ini terletak di Taman Ipoh Selatan, Ipoh Perak. Kedudukan yang strategik iaitu di tengah-tengah bandaraya Ipoh dan dikelilingi oleh taman perumahan yang lain. Hal ini menjadi penyebab Tadika Talent star ini ditubuhkan di sini. Tadika ini ditubuh di tempat yang selamat daripada risiko kemalangan dan kecederaan serta dijamin selamat untuk kanak-kanak bebas bergerak. Perkara ini amat dititikberatkan bersesuaian dengan ciri-ciri kanak-kanak yang sangat aktif.

            Selain itu, apa yang menyebabkan kami memilih kawasan ini sebagai lokasi Tadika Talent star adalah kedudukannya yang berjauhan dari pusat hiburan. Udaranya juga bersih dan nyaman memandangkan kawasan ini terletak di kawasan perumahan. Malah kanak-kanak tidak akan terganggu dengan pencemaran bunyi seterusnya dapat menumpukan perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran.

            Namun, terdapat perkara yang lebih penting sekali iaitu tadika ini telah mendapat kebenaran bertulis dari jiran bersebelahan, hadapan dan belakang iaitu kiri dan kanan tadika. Oleh itu, tidak akan ada sebarang isu mengenai ketidaksenangan penduduk terhadap penubuhan Tadika Talent star ini. Malah, penduduk taman ini amat menyokong keputusan kami untuk menubuhkan tadika ini kerana ia dapat memudahkan urusan penghantaran anak-anak memandangkan hampir setengah penduduk taman merupakan pasangan yang bekerja. 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN...

Kami di pihak Talent Star telah mencuba sedaya upaya untuk membantu ibu bapa kanak-kanak di Talent Star untuk meringankan tugasan anda dengan menawarkan perkhidmatan van tadika kami. Oleh itu, perkhidmatan bas untuk mengambil kanak-kanak bermula pada pukul 7.00 pagi sehingga 7.30 pagi dan penghantaran pulang kanak-kanak pada pukul 12.30 tengahari.




VAN TADIKA TALENT STAR

MENU MAKANAN DI TADIKA TALENT STAR...


Menu makanan di tadika Talent Star

Kami menyedari bahawa pemakanan merupakan salah satu sumber perkembangan diri kanak-kanak. Minda yang sihat adalah datang dari badan yang sihat. Oleh itu, pemakanan sememangnya merupakan salah satu sumber pemangkin bagi diri kanak-kanak. Makanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan mereka. Disamping itu juga, makanan membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental serta dapat membantu dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan. Selain itu juga, dapat menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja. Oleh itu, Tadika Talent Star telah menyediakan makanan yang berkhasiat sesuai dengan keperluan harian kanak-kanak. Menu makanan di Tadika Talent Star telah disediakan mengikut minggu iaitu minggu satu dan minggu tiga disediakan satu menu manakala minggu dua dan empat disediakan satu menu. Berikut merupakan menu makanan di Tadika Talent Star :

Menu minggu satu dan minggu tiga

Hari
Sarapan pagi
Tengahari
Isnin
Koko krunch + susu tepung
Bubur nasi + air kosong + pisang
Selasa
Biskut 3 keping + air milo
Nasi putih + sayur campur + ayam goreng + air kosong + tembikai
Rabu
Bubur nasi + air horlick
Nasi goreng + kentang putar + air barli + epal
Khamis
Sandwich + air milo
Kueh tiow goreng + air kosong + betik
Jumaat
Roti bakar + telur hancur + air milo
Nasi putih + ikan kukus + sup sayur + air tembikai


Menu minggu dua dan minggu empat

Hari
Sarapan pagi
Tengahari

Isnin

Pau kukus + air milo
Nasi putih + ayam goreng + sayur campur + air kosong + betik
Selasa
Koko krunch + susu tepung
Nasi goreng + kentang putar + air kosong + epal
Rabu
Biskut 3 keping + horlick
Nasi putih + sup ayam + kangkung tumis + air tembikai
Khamis
Bubur nasi + air milo
Bihun sup + air oren + buah lai
Jumaat
Kuih muih 3 keping + air milo
Spagetti daging + air kosong + pisang

 Pengambilan makanan adalah berdasarkan sukatan untuk kanak-kanak.

CONTOH RESIT RASMI TADIKA TALENT STAR...


                                                                                         Dikeluarkan oleh Tadika Talent Star
                                                                                                                       NO :





TADIKA TALENT STAR
 OFFICIAL RECEIPT
RESIT RASMI


                                                                                                                       DATE
RECEIPT NO                                                                                             TARIKH :
NO. RESIT :   __________________________

RECEIVED FROM
DITERIMA DARI : __________________________

THE SUM OF RINGGIT
JUMLAH YANG DITERIMA : __________________________

IN PAYMENT OF
UNTUK BAYARAN : __________________________

RM : __________________________

                                                                          
                                            YANG DIBENARKAN / ISSUED BY,
                                                                      
                                                                                __________________________

CONTOH BORANG PERSETUJUAN PERATURAN TADIKA TALENT STAR...


Berikut merupakan contoh borang yang perlu ditandatangan oleh ibu bapa dan penjaga jika mereka menghantar anak-anak mereka ke Tadika Talent Star dan contoh resit yuran Tadika Talent Star.



                                                                               Pihak pengurusan Tadika Talent Star
                                                                               Surat pengesahan peraturan




Saya ibu / bapa / penjaga kepada ________________________ berumur _____ tahun memahami dan bersetuju dengan segala peraturan-peraturan yang telah di tetapkan oleh pihak pengurusan Tadika Talent Star.
Tandatangan ibubapa / penjaga : ___________________________
Nama                                           : ___________________________
No kad pengenalan                     : ___________________________
No. telefon                                  : ___________________________
Tarikh                                          : __________________________
                                                                                                                       
                                                                                                                                   
                                                                                                                                

PERATURAN DI TADIKA TALENT STAR...


      Peraturan di tadika Talent Star

Terdapat beberapa peraturan yang telah ditetapkan di tadika bagi melicinkan semua urusan pentadbiran. Peraturan di tadika haruslah sentiasa dipatuhi dan diikuti oleh kanak-kanak, ibu bapa, penjaga dan orang luar. Di antara peraturan tersebut ialah:

·         Waktu operasi
1.      Tadika hanya mula beroperasi dari jam 7.30 pagi sehingga 12.30 hari.
2.      Tadika akan beroperasi pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan akan tutp pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

·         Peraturan penghantaran dan pengambilan
1.      Waktu penghantaran dibuka mulai jam 7.30 pagi.
2.      Waktu pengambilan pula dibuka pada jam 12.30 tengahari.
3.      Hanya ibu bapa dan penjaga yang mempunyai pengesahan sahaja yang dibenarkan untuk mengambil anak-anak mereka.
4.      Ibu bapa dan penjaga perlu mengambil anak-anak pada waktu yang ditetapkan.
5.      Jika ibu bapa dan penjaga ingin mengambil anak-anak pada awal waktu, perlu dimaklumkan kepada pihak tadika sehari awal.
6.      Sekiranya ibu bapa lewat mengambil anak selepas waktu yang ditetapkan, ia akan dikira bayaran lebih jam. Bayaran hendaklah dibayar terus kepada guru yang bertugas pada waktu itu.

·         Keluar masuk tadika
1.      Ibu bapa dan penjaga hendaklah merekod waktu keluar masuk tadika di dalam buku “Buku Daftar Keluar Masuk Pelawat” di Kaunter Pejabat.
2.      Hendaklah meninggalkan tadika sebaik sahaja kanak-kanak bersarapan.
3.    Ibu bapa dan penjaga tidak dibenarkan membawa anak keluar tanpa kebenaran pihak tadika.
4.      Ibu bapa dan penjaga tidak dibenarkan untuk berkeliaran di kawasan tadika bersama rakan semasa melawat anak-anak di tadika tanpa mendapat kebenaran dari pihak tadika.
5.  Semua pelawat hendaklah mendapatkan kebenaran dari pihak Pembantu Tadbir atau Pengurus Tadika.

·         Peraturan kesihatan
1.  Ibu bapa dan penjaga hendaklah memastikan kesihatan anak-anak pada hari sebelum menghantar anak-anak ke tadika dan memaklumkan keadaan kesihatan anak-anak kepada pihak tadika sekiranya pada hari berkenaan anak-anak tidak sihat.
2.    Setiap kanak-kanak akan diperiksa tubuh badan mereka sebelum  memasuki kawasan tadika sewaktu penghantaran di hadapan ibu bapa dan penjaga masing-masing.
3.   Elakkan menghantar anak-anak ke tadika setelah dikenalpasti bahawa anak-anak tersebut menghidap penyakit berjangkit seperti berikut:
a.       Mums (Beguk)
b.      Chicken Pox (Cacar Air)
c.       Measles (Campak)
d.      Conjunctivities (Sakit Mata)
e.       Rotavirus
f.       Tangan, kaki dan mulut (HML)
g.      Kutu
h.      Penyakit –penyakit lain yang ditakrifkan sebagai penyakit berjangkit.
4.   Ibu bapa dan penjaga perlu mendapatkan pengesahan doktor bahawa anak-anak benar-benar sihat dan boleh dibawa ke tadika sekiranya status anak-anak masih diragui. Pihak tadika berhak untuk tidak menerima masuk kanak-kanak tersebut pada waktu berkenaan.
5.  Ibu bapa dan penjaga dipohon untuk memberi kerjasama apabila dimaklumkan tentang kesihatan anak-anak dengan segera untuk tindakan oleh pihak tuan/puan bagi mengelakkan sebarang jangkitan penyakit berlaku kepada kanak-kanak lain.
·         Notis menamatkan perkhidmatan di tadika
1.   Sila maklumkan kepada pengurus tadika, pengetua atau pembantu tadbir sekiranya satu bulan lebih awal jika ibu bapa atau penjaga mahu menamatkan perkhidmatan tadika kami.

·         Kehadiran
1.      Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak hadir ke tadika.
2.      Kanak-kanak hendaklah sentiasa memakai pakaian seragam tadika semasa hadir ke tadika.
3.      Pada hari Rabu dan Jumaat, kanak-kanak dikehendaki untuk memakai pakaian sukan bagi aktiviti luar kelas.

·         Barang persendirian
1.      Sila tanda sebarang hal milik pelajar seperti alat tulis, pakaian dan seumpamanya.
2.      Kanak-kanak dilarang untuk membawa barangan berharga seperti barang kemas, kamera, telefon bimbit dan sebagainya.
3.      Pihak tadika tidak boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya jika berlaku kehilangan atau kerosakan terhadap barang yang dibawa.

·         Bayaran dan yuran
1.   Yuran bulanan mesti dijelaskan pada minggu pertama setiap bulan termasuk bulan November.
2.      Bayaran buku, lencana, alat tulis dan sebagainya mestilah dijelaskan pada guru kelas masing-masing.
3.      Pembayaran yuran hendaklah dibuat kepada pembantu murid satu dan pmbantu murid dua.
4.   Pastikan setiap pembayaran mendapat resit rasmi daripada pihak Tadika Talent Star dan yuran yang telah dijelaskan tidak boleh dikembalikan.

·         Lain-lain
1.      Semua aktiviti perniagaan adalah tidak dibenarkan sewaktu tadika berfungsi.
2.      Merokok dan meludah adalah dilarang di dalam kawasan tadika.
3.      Ibu bapa dan penjaga dinasihatkan untuk meninggalkan pesanan penting . Contoh, jenis dan dos pengambilan ubat  secara bertulis kepada guru kelas anak masing-masing. Telefon bimbit harus dimatikan atau disenyapkan sewaktu berada di kawasan tadika.
4.   Makanan yang dibawa dari luar adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, ibu bapa dan penjaga bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyediaannya. Pihak tadika tidak bertanggungjawab atas sebarang ketidakselesaan atau kesakitan yang disebabkan oleh makanan yang dibawa dariluar tadika.
5.    Ibu bapa dan penjaga mungkin diperlukan untuk membuat sumbangan untuk membantu pihak tadika menjalankan aktiviti atau majlis yang dilaksanakan. Contoh, sambutan hari jadi kanak-kanak atau aktiviti luar yang memerlukan perbelanjaan tambahan.
6.   Adalah menjadi tanggungjawab buat ibu bapa dan penjaga untuk memaklumkan kepada pihak tadika sekiranya terdapat perubahan maklumat peribadi. Contoh, perubahan alamat dan nombor telefon.
7.      Pihak tadika berhak untuk membuat sebarang pindaan terhadap peraturan tadika.
8.      Ibu bapa dan penjaga hendaklah sentiasa menjaga nama baik tadika.
9.  Para ibu bapa digalakkan sentiasa menghubungi pihak tadika untuk mengetahui perkembangan anak-anak mereka.
10.  Ibu apa dan penjaga hendaklah sentiasa sedia berbincang dan bertolak ansur dengan guru sekiranya timbul permasalahan yang berkaitan dengan pelajar atau pihak tadika.
11.  Pihak tadika bersedia menerima teguran yang membina terhadap sebarang kesilapan dan kekurangan.
12.  Ibu bapa dan penjaga digalakkan untuk tidak membunyikan hon kenderaan terlalu kuat ketika menghantar atau mengambil anak dan tidak menghalang pintu pagar jiran-jiran yang berdekatan kerana perkara ini amat penting bagi menjaga kelangsungan operasi tadika di tapak sekarang agar tiada pihak-pihak yang tertentu mengambil kesempatan untuk membuat alasan bagi menyekat atau membuat sebarang bantahan.
13.  Sebarang komen, pendapat, teguran dan pandangan yang berkaitan tadika  boleh berhubung terus dengan pengurus tadika iaitu En. Mohd Hafiz Bin Hashim atau pembantu tadbir iaitu Cik Nur Aqilah Binti Rosli di talian 05-776 5445.
Rainbow Arch Over Clouds