Pages

LATAR BELAKANG

Tadika Talenstar ini mula ditubuhkan pada awal Disember 2011. Tadika ini milik perkongsian bersama En. Mohamad Hafiz b. Hashim dan pengetua tadika ini sendiri iaitu Cik Syafiqa bt Zainudin. Tadika ini terletak di Taman Ipoh Selatan, Ipoh Perak. Kedudukan yang strategik iaitu di tengah-tengah bandaraya Ipoh dan dikelilingi oleh belasan taman perumahan yang lain menjadi penyebab tadika ini ditubuhkan di sini.

Tadika ini beroperasi bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Terdapat tiga buah kelas dalam tadika ini iaitu untuk kanak-kanak 4 tahun, 5 tahun, dan 6 tahun. Tadika ini mempunyai tiga orang tenaga pengajar, dua orang pembantu guru, seorang tukang masak dan seorang kerani. Kesemua tenaga pelajar yang dilantik berkelulusan sekurang-kurangnya Diploma dalam pendidikan awal kanak-kanak bagi memastikan pencapaian yang cemerlang dari kanak-kanak.

Wednesday, 30 January 2013

OBJEKTIF DAN MATLAMAT TADIKA TALENT STAR...

OBJEKTIF TADIKA :

* Memberikan kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira kepada kanak-kanak.
* Mencungkil bakat kanak-kanak melalui aktiviti pembelajaran dan pengajaran.
*Mengembangkan setiap bakat dan potensi yang ada dalam diri kanak-kanak.


MATLAMAT / TUJUAN :

*Menyediakan tenaga pelajar yang berkualiti dan berpengalaman.
*Menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif.
*Menyediakan kemudahan yang lengkap bagi melancarkan pengajaran dan pembelajaran.







SUBJEK YANG DIAJAR DI TADIKA TALENT STAR



SUBJEK YANG DIAJAR :

Tadika kami mengajar subjek asas seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik (AHLI MATH), Sains (DOKTOR SAINS), Agama dan moral, Seni dan kreativiti. Salah satu aktiviti semasa pengajaran & pembelajaran Dr Sains. Melihat anak ayam menetas.





 Kelas gimnastik juga akan diadakan tetapi hanya untuk kanak-kanak yang mendapat kebenaran dari ibu bapa sahaja yang akan dibenarkan untuk menyertai.
Guru gimnastik di Tadika Talent Star merupakan seorang guru yang berpengalaman dalam bidang gimnastik. Turut diadakan pengajaran seni mempertahankan diri tetapi hanya untuk kanak-kanak yang mendapat kebenaran dari ibu bapa sahaja. 







YURAN TADIKA TALENT STAR...

Yuran di Tadika Talent Star adalah sangat berpatutan bagi semua. Berikut merupakan jumlah yuran yang dikenakan di Tadika Talent Star :


Yuran Pendaftaran:


RM 450.00

Pakaian uniform
Baju sukan
Alatan tulis
Insurans
Makan minum


Yuran bulanan :

 RM 250.00

Rainbow Arch Over Clouds